dikendalikan oleh TM
MCMC
Kg Parit Salleh Ros, Johor
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook
    Insta

Program Klik Dengan Bijak: Majlis Pelancaran Ulang Tahun Klik Dengan Bijak Ke-10

18 Januari 2023 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 17 Januari 2023, hari Rabu, telah berlangsung Program Bicara Klik Dengan Bijak, bersempena Majlis Pelancaran Ulang Tahun Klik Dengan Bijak Ke-10. Program ini dijalankan oleh Pihak MCMC bagi mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak warga Pusat Ekonomi Digital (PEDi) di atas kerjasama dan sokongan yang diberikan dalam menjayakan inisiatif Klik Dengan Bijak (KDB) yang telah dilaksanakan selama 10 tahun.

Inisiatif ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dengan capaian audiens melebihi 7 juta capaian audiens sejak dilancarkan pada tahun 2012. Sehubungan itu, pihak MCMC menjemput kesemua warga PEDi bagi bersama-sama menyaksikan Majlis Pelancaran Ulangtahun Klik Dengan Bijak Ke-10 yang telah berlangsung dan dibawakan juga secara live di facebook page Klik Dengan Bijak. Semoga usaha ini terus mendapat perhatian dari semua pihak untuk kelangsungan dimasa hadapan.

#KlikDenganBijak
#MalaysiaICTVolunteer
#BicaraKDB
#KeselamatanDiInternet
#InternetSafety

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.