Kempen Derma Darah @Pedikgsallehros: “1 Beg Darah Menyelamatkan 3 Nyawa”
29 Januari 2023 | Aktiviti TerkiniPada tarikh 28 Januari 2023 (Sabtu) telah berlangsung Kempen Derma Darah @PEdiKgSallehRos. Kempen ini berlangsung selama 1 jam bermula dari jam 10.00 pagi sehingga 1.00 tengahari. Kempen ini telah berjaya mengumpulkan sebanyak 21 beg darah daripada 32 penderma yang hadir menyikuti saringan. Kebanyakkan penderma tidak layak menderma berikutan atas faktor kesihatan yang kronik seperti darah tinggi dan kencing manis.
Walaubagaimanapun, kempen ini telah berjaya menarik minat golongan belia untuk turut sama menderma meskipun peratusan belia masih yang terendah dalam kalangan penderma. Kempen derma darah ini dijalankan oleh pihak PEDi Kg. Salleh Ros selaku penganjur adalah bagi memupuk kesedaran dalam masyarakat agar saling bantu membantu dalam berbuat kebaikan. Kempen derma darah ini adalah anjuran PEDi Kg. Salleh Ros dengan kerjasama (Unit Tabung Darah, Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat, Johor).
#JomDermaDarah
#JomSelamatkanNyawa
#PEDiKgSallehRos
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: