Bengkel Sukarelawan ICT Malaysia Bersama Komuniti Negeri Johor 2022
25 Jun 2022 | Aktiviti TerkiniPada tarikh 24 Jun 2022, hari Jumaat, telah berlangsung bengkel sukarelawan ICT Malaysia yang bertempat di Hotel Pine Tree, Batu Pahat. Bengkel ini melibatkan kesemua PEDi yang berada di sekitar Batu Pahat, Yong Peng dan Kluang. Bengkel ini telah disertai oleh seramai 35 orang yang terdiri daripada kakitangan PEDi dan sukarelawan. Bengkel ini berlangsung selama 9 jam 30 minit bermula jam 8 pagi dan berakhir pada jam 5.30 petang. Bengkel ini memfokuskan kepada aktiviti yang perlu dilakukan oleh sukarelawan kepada komuniti terutama sekali dalam mendigitalkan perniagaan usahawan. Bengkel ini dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
Sekian,
Terima kasih.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: