Kursus E-Usahawan – Shopee Beginner: Usahawan Komuniti
11 Ogos 2022 | Aktiviti TerkiniPada tarikh 8,9 dan 10 Ogos 2022, hari isnin, selasa dan rabu, telah berlangsungnya kursus e-usahawan bagi memberikan pendedahan mengenai penjualan barangan di Shopee. Kursus ini melibatkan kakitangan PEDi Salleh Ros dan Giatmara Sri Gading dengan menggunakan fasiliti yang ada di PEDi Salleh Ros. Kursus e-usahawan telah melibatkan seramai 18 orang pelajar Giatmara Sri Gading.
Kursus ini telah berlangsung selama 4 jam 30 minit dan bermula dari jam 9.30 pagi sehingga jam 2 petang. Kursus ini terbahagi kepada dua iaitu pendedahan secara teori dan secara praktikal. Setiap pelajar kini sudah mempunyai akaun kedai mereka sendiri di Shopee dan boleh berniaga pada bila-bila masa sahaja. Kursus e-usahawan ini dianjurkan oleh pihak PEDi Salleh Ros.
Sekian,
Terima kasih.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: