Program Bicara Klik Dengan Bijak Siri 13/2022 - “Membina Reputasi Digital”
13 Julai 2022 | Aktiviti TerkiniPada tarikh 12 Julai 2022, hari Selasa, telah berlangsung Program Bicara Klik Dengan Bijak Siri 13/2022 yang bertajuk “Membina Reputasi Digital”. Moderator bagi program ini adalah Ts. Md Tahir Musa dan penceramahnya ialah Ts. Faizul Azlee Timbalan Pengarah, Pejabat MCMC Negeri Perak, secara Live di Facebook Klik Dengan Bijak. Advokasi ini berlangsung selama lebih kurang 1 jam 30 minit iaitu bermula pada pukul 10.00 pagi dan tamat pada pukul 11.30 pagi.
Jejak digital merupakan jejak yang ditingalkan oleh pengguna apabila memuatnaik sebarang perkongsian di media social. Sepanjang program ini berlangsung penceramah telah berkongsi mengenai reputasi digital yang perlu pengguana ambil tahu. Antaranya ialah:
- Perkataan boleh disalahtafsir dan boleh diubah semasa ia disebarkan.
- Perkongsian boleh menimbulkan isu apabila sampai ke pihak yang tidak sepatutnya.
- Tetapan privasi tidak sepenuhnya menjaga privasi pengguna.
Perkongsian ini bertujuan berkongsi kepada pengguna mengenai cara membina reputasi digital dengan cara “THINK!”, empati, kawalan diri, saring dan peka.
- #KlikDenganBijak
- #MalaysiaICTVolunteer
- #BicaraKDB
- #KeselamatanDiInternet
- #InternetSafety
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: