Program Bicara Klik Dengan Bijak Siri 23/2022 : Implikasi Terlebih Kongsi
2 November 2022 | Aktiviti TerkiniPada tarikh 1 November 2022, hari selasa, telah berlangsungnya Program Bicara Klik Dengan Bijak Siri 23/2022 yang bertajuk “Implikasi Terlebih Kongsi”. Moderator bagi program ini adalah Ts. Md Tahir Musa, Timbalan Pengarah Jabatan Program Komuniti, MCMC dan penceramahnya pula ialah Puan Normariza Abdul Manan, Timbalan Pengarah, Pejabat MCMC Negeri Melaka, secara Live di Facebook Klik Dengan Bijak. Advokasi ini berlangsung selama lebih kurang 1 jam 30 minit iaitu bermula pada pukul 10.00 pagi dan tamat pada pukul 11.30 pagi.
Penggunaan laman sesawang sememangnya memberikan kesan positif, akan tetapi terdapat juga implikasi negatif yang wujud. Kesan buruk yang wujud kebiasaannya disebabkan oleh terlebih kongsi. Pengguna selalunya terlebih kongsi maklumat disebabkan oleh pengaruh dan galakan daripada media sosial, meluahkan perasaan kecewa dan untuk mendapatkan perhatian.
Antara implikasi terlebih kongsi ialah:
- Mengurangkan produktiviti
- Menjejaskan reputasi
- Ancaman keselamatan
Perkongsian ini bertujuan memberikan kesedaran kepada semua pengguna supaya berhati-hati dalam membuat sebarang perkongsian di laman sosial.
#KlikDenganBijak
#MalaysiaICTVolunteer
#BicaraKDB
#KeselamatanDiInternet
#InternetSafety
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: