dikendalikan oleh TM
MCMC
Kg Parit Salleh Ros, Johor
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook
    Insta

Program Bicara Klik Dengan Bijak Siri 10/2022 : Membeli-belah Dalam Talian

22 Jun 2022 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 21 Jun 2022, hari Selasa, telah berlangsung Program Bicara Klik Dengan Bijak Siri 10/2022 bertajuk “Membeli-belah Dalam Talian”. Moderator bagi program ini adalah Ts. Md Tahir Musa dan penceramahnya ialah Timbalan Pengarah, Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM), secara Live di Facebook Klik Dengan Bijak. Advokasi ini berlangsung selama lebih kurang 1 jam 30 minit iaitu bermula pada pukul 10.00 pagi dan tamat pada pukul 11.30 pagi. Penjualan barangan secara atas talian dilihat telah meningkat pada era yang serba moden ini. Walaubagaimanapun, penceramah telah berkongsi supaya pengguna harus berhati-hati dengan penipuan yang berlaku semasa proses jual beli barang secara atas talian. Terdapat panduan membeli-belah dalam talian dengan selamat antaranya ialah:

  • Gunakan laman sesawang yang biasa didengar seperti Shopee dan Lazada
  • Gunakan pelayan yang selamat seperti URL “https://” dan bukannya “htpp://”
  • Gunakan kata laluan yang kukuh

Perkongsian ini bertujuan bagi mengekang masalah kes penipuan membeli-belah dalam talian daripada terus meningkat dan melahirkan masyarakat yang lebih berwaspada dengan penipuan.

#KlikDenganBijak
#MalaysiaICTVolunteer
#BicaraKDB
#KeselamatanDiInternet
#InternetSafety

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.