dikendalikan oleh TM
MCMC
Kg Parit Salleh Ros, Johor
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook
    Insta

Program Bicara KDB Siri 19/2022 : “Taktik Penipuan Dalam Talian dan Langkah Pencegahan”

14 September 2022 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 13 september 2022 (selasa), telah berlangsungnya Program Bicara Klik Dengan Bijak Siri 19/2022 yang bertajuk “Taktik Penipuan Dalam Talian dan Langkah Pencegahan”. Moderator bagi program ini adalah Ts. Md Tahir Musa, Timbalan Pengarah Jabatan Program Komuniti, MCMC dan penceramahnya ialah Puan Nur Salsabila Jaidi, Timbalan Pengarah, Pejabat MCMC Negeri Kedah, secara Live di Facebook Klik Dengan Bijak.

Advokasi ini berlangsung selama lebih kurang 1 jam 30 minit iaitu bermula pada pukul 10.00 pagi dan tamat pada pukul 11.30 pagi. Kes penipuan dalam talian seringkali menjadi tajuk utama media massa tempatan. Di antara kategori kes yang kerap dilaporkan iaitu melibatkan e-dagang (pembeliaan secara dalam talian), kes pinjaman tidak wujud, pelaburan, Macau Scam dan Love Scam. Penipuan cinta atau “love scam” terdiri daripada:

  • Mangsa terdiri daripada golongan wanita
  • Wanita yang kesunyian
  • Wanita yang telah bersara

Perkongsian ini bertujuan memberikan kesedaran kepada semua pengguna untuk berhati-hati semasa melayari laman sesawang dan menggunakan media sosial.

#KlikDenganBijak
#MalaysiaICTVolunteer
#BicaraKDB
#KeselamatanDiInternet
#InternetSafety

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.