Program Bicara Klik Dengan Bijak Siri 09/2022 bertajuk “Awas! Jangan Terpedaya Penipuan Kewangan Dalam Talian”
15 Jun 2022 | Aktiviti TerkiniPada tarikh 14 Mei 2022, hari Selasa, telah berlangsung Program Bicara Klik Dengan Bijak Siri 09/2022 bertajuk “Awas! Jangan Terpedaya Penipuan Kewangan Dalam Talian”. Moderator bagi bicara ini adalah Ts. Md Tahir Musa dan penceramahnya adalah En. Mohd Izwan Ismail, Timbalan Pengarah, Pejabat MCMC Negeri Perlis, secara Live di Facebook Klik Dengan Bijak. Tajuk KDB kali ini adalah “Awas! Jangan Terpedaya Penipuan Kewangan Dalam Talian”. Advokasi ini berlangsung selama lebih kurang 1 jam 45 minit iaitu bermula pada pukul 10.00 pagi dan tamat pada pukul 11.45 pagi.
Penipuan kewangan dalam talian sangatlah mudah dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Menerusi program bual bicara ini, penceramah telah berkongsi jenis-jenis jenayah penipuan kewangan dalam talian. Menerusi siaran KDB kali ini, MCMC telah menyarankan beberapa tips keselamatan seperti:
- Jangan panik jika terima panggilan daripada pihak berkuasa.
- Ingat agensi penguatkuasa tidak dapat pindahkan panggilan ke agensi lain.
- Polis tidak akan menggertak untuk membuat penangkapan sesiapa.
- Jangan sesekali memasukkan wang ke dalam akaun yang tidak dikenali.
- Setiap urusan kerajaan adalah di pejabat agensi kerajaan sahaja.
Perkongsian ini bertujuan untuk memastikan setiap lapisan masyarakat lebih peka terhadap setiap transaksi wang yang dilakukan agar tidak terlibat dalam jenayah penipuan wang dalam talian.
#KlikDenganBijak
#MalaysiaICTVolunteer
#BicaraKDB
#KeselamatanDiInternet
#InternetSafety
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: