Program Advokasi : “Penjagaan Kesihatan Wanita”
7 September 2022 | Aktiviti TerkiniPada tarikh 6 September 2022, hari selasa, telah berlangsungnya advokasi yang bertajuk “Penjagaan Kesihatan Wanita”. Penceramah bagi program ini ialah Puan Fatin Tukiman, Pengurus PEDi Salleh Ros yang bertempat di PEDi Salleh Ros. Advokasi ini berlangsung selama lebih kurang 4 jam 30 minit iaitu bermula pada pukul 9.30 pagi dan tamat pada pukul 2.00 petang.
Wanita merupakan individu yang selalunya menjadi ketua penjagaan kesihataan bagi setiap keluarga. Pemilihan makanan yang seimbang dan sihat telah pun dikongsikan semasa advokasi ini berlangsungnya. Antaranya pemakanan yang penting bagi wanita ialah asid folik yang menjadi makanan penting untuk wanita yang hendak menghadapi persediaan hamil. Kekurangan asid folik boleh menyebabkan kecacatan janin. Terdapat tips kecantikan dalaman wanita yang boleh dititikberatkan seperti:
- Elakkan tekanan yang berlebihan yang boleh menyebabkan kesihatan terganggu
- Bersenam bagi mengeluarkan toksik dalam badan melalui peluh
- Berjumpa doktor sekiranya kitaran haid tidak normal
Perkongsian ini bertujuan untuk memberikan kesedaran kepada semua wanita agar lebih peka terhadap kesihatan dalaman dan luaran mereka.
#KlikDenganBijak
#MalaysiaICTVolunteer
#BicaraKDB
#KeselamatanDiInternet
#InternetSafety
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: