Program Bicara KDB Siri 18/2022 : “Elak Terlebih Kongsi”
2 September 2022 | Aktiviti TerkiniPada tarikh 1 September 2022, hari khamis, telah berlangsungnya Program Bicara Klik Dengan Bijak Siri 18/2022 yang bertajuk “Elak Terlebih Kongsi”. Moderator bagi program ini adalah Ts. Md Tahir Musa, Timbalan Pengarah Jabatan Program Komuniti, MCMC dan penceramahnya pula ialah Puan Noamie Anak Balai, Penolong Pengarah, Pejabat MCMC Negeri Sarawak, secara Live di Facebook Klik Dengan Bijak.
Advokasi ini berlangsung selama lebih kurang 1 jam 30 minit iaitu bermula pada pukul 10.00 pagi dan tamat pada pukul 11.30 pagi. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berperanan sebagai menyediakan peraturan sektor komunikasi dan multimedia, memperluas prasarana telekomunikasi dan mengendalikan kes-kes di bawah akta-akta yang telah ditetapkan. Jadi, sebagai pengguna yang bijak, pengguna tidak seharusnya berkongsi maklumat peribadi mereka. Antara maklumat peribadi yang tidak perlu dikongsi:
- Jangan berikan nombor kad pengenalan kepada pihak yang tidak dikenali.
- Jangan berkongsi lokasi terkini.
- Jangan berkongsi alamat rumah.
Perkongsian ini bertujuan memberikan kesedaran kepada semua pengguna supaya lebih berhati-hati dalam melakukan sebarang perkongsian di internet.
#KlikDenganBijak
#MalaysiaICTVolunteer
#BicaraKDB
#KeselamatanDiInternet
#InternetSafety
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: