dikendalikan oleh TM
MCMC
Kg Parit Salleh Ros, Johor
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook
    Insta

Program Bicara Klik Dengan Bijak Siri 12/2022 - “Peranan Ibu Bapa di Era Digital”

6 Julai 2022 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 5 Julai 2022, hari Selasa, telah berlangsung Program Bicara Klik Dengan Bijak Siri 12/2022 yang bertajuk “Peranan Ibu Bapa di Era Digital”. Moderator bagi program ini adalah Ts. Md Tahir Musa dan penceramahnya ialah Puan Normariza Abdul Manan Timbalan Pengarah, Pejabat MCMC Negeri Melaka, secara Live di Facebook Klik Dengan Bijak. Advokasi ini berlangsung selama lebih kurang 1 jam 30 minit iaitu bermula pada pukul 10.00 pagi dan tamat pada pukul 11.30 pagi.

Ibu bapa ialah insan yang sangat penting dalam membentuk insaniah anak-anak terutama sekali pada era digital yang serba mencabar ini. Terdapat pelbagai ancaman yang telah dikongsikan semasa program ini antaranya ialah gangguan, hasutan, maklumat berita palsu dan penyebaran ideologi negatif di internet. Risiko terhadap kanak-kanak:

  • Dihubungi oleh pembuli dan pemangsa seksual kanak-kanak
  • Kandungan yang tidak sesuai ditonton oleh kanak-kanak
  • Pengiklanan dan caj bayaran yang berselindung di sebalik aplikasi

Perkongsian ini bertujuan bagi mengelakkan kanak-kanak daripada terjerumus ke dalam perkara negatif yang tidak sepatutnya diambil tahu oleh kanak-kanak.

  • #KlikDenganBijak
  • #MalaysiaICTVolunteer
  • #BicaraKDB
  • #KeselamatanDiInternet
  • #InternetSafety

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali

© Semua Hakcipta Terpelihara.