Hari Kesihatan Komuniti
21 Jun 2022 | Aktiviti TerkiniPada tarikh 20 Jun 2022, hari isnin, telah berlangsungnya “Hari Kesihatan Komuniti”. Pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini ialah Yayasan Buah Pinggang Negara (National Kidney Foundation), JPKK Kawasan Parit Samion dan PEDi Parit Salleh Ros yang bertempat di Balai Raya Parit Hj. Salleh Ros. Program berlangsung selama satu hari bermula dari jam 10.00 pagi sehingga 3.30 petang. Penglibatan komuniti setempat pada hari tersebut amatlah memberangsangkan. Kesihatan perlulah dititikberatkan dalam kehidupan seharian kita. Jadi, program ini dijalankan bagi memeriksa tahap kesihatan setiap orang yang hadir secara percuma. Aktiviti yang dijalankan sepanjang program berlangsung adalah:
- Taklimat berkenaan pemakanan yang sihat.
- Pemeriksaan tahap kolestrol yang diuji melalui pemeriksaan darah.
- Pemeriksaan buah pinggang melalui ujian air kencing dan pemeriksaan “body mass index” (BMI).
Program ini bertujuan untuk mengesan penyakit pada peringkat awal sebelum menjadi lebih parah lagi. Secara tidak langsung akan dapat melahirkan komuniti yang sihat.
#NationalKidneyFoundation
#JomSihatBersama
#RawatanAwal
#KementerianKesihatanMalaysia
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: