dikendalikan oleh TM
MCMC
Kg Parit Salleh Ros, Johor
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook
    Insta

Program Latihan Kebakaran

12 September 2022 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 11 september 2022, hari ahad, telah berlangsungnya “Latihan Kebakaran” yang bertempat di Balai Bomba dan Penyelamat Penggaram, Batu Pahat. Latihan kebakaran ini telah bermula seawal jam 10 pagi dan berakhir pada jam 12.30 tengahari. Program ini disertai oleh seluruh kakitangan PEDi Batu Pahat dan komuniti setempat.

Program ini telah memberikan pendedahan kepada peserta mengenai jenis-jenis pemadam api, apa yang perlu dilakukan sekiranya terjadinya kebakaran di premis PEDi dan cara menggunakan pemadam api. Terdapat anggota bomba yang memberikan tunjuk ajar dan memantau peserta sepanjang latihan kebakaran ini berlangsung. Program seperti ini sangatlah penting bagi memberikan pengetahuan dan peringatan kepada semua orang supaya tidak panik dan tahu apa yang perlu dilakukan sekiranya berlakunya kebakaran.

#KlikDenganBijak
#MalaysiaICTVolunteer
#BicaraKDB
#KeselamatanDiInternet
#InternetSafety

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.