dikendalikan oleh TM
MCMC
Kg Parit Salleh Ros, Johor
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook
    Insta

Program Bicara Klik Dengan Bijak Siri 22/2022 : Jenayah Siber: Punca dan Akibat

28 Oktober 2022 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 27 Oktober 2022, hari khamis, telah berlangsungnya Program Bicara Klik Dengan Bijak Siri 22/2022 yang bertajuk “Jenayah Siber: Punca dan Akibat”. Moderator bagi program ini adalah Ts. Md Tahir Musa, Timbalan Pengarah Jabatan Program Komuniti, MCMC dan penceramahnya pula ialah Puan Haznita Mohamad Lazim, Timbalan Pengarah, Pejabat MCMC Negeri Pahang, secara Live di Facebook Klik Dengan Bijak.

Advokasi ini berlangsung selama lebih kurang 1 jam 30 minit iaitu bermula pada pukul 10.00 pagi dan tamat pada pukul 11.30 pagi. Jenayah siber kini dilihat semakin terus meningkat sebanyak 99.5% pada November 2021. Jenayah siber merupakan satu perlakuan yang menyalahi undang-undang dengan menggunakan peranti yang mempunyai akses kepada internet. Jenayah siber terdiri daripada ugutan, fitnah, penipuan, pembulian dan perjudian.

Antara contoh penipuan kewangan adalah melibatkan:

  • Penggodaman
  • Kecurian identiti
  • Penyamaran

Perkongsian ini bertujuan memberikan kesedaran kepada semua pengguna supaya menyemak dahulu maklumat sebelum melakukan apa sahaja transaksi kewangan.

#KlikDenganBijak
#MalaysiaICTVolunteer
#BicaraKDB
#KeselamatanDiInternet
#InternetSafety

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.