IKLIN Executive Talk Series : (Jangan Salah Klik)
9 Jun 2022 | Aktiviti TerkiniPada tarikh 09 Jun 2022, hari Khamis, telah berlangsung Program Bicara Klik Dengan Bijak Siri (IKLIN Executive Talk) bertajuk “Jangan Salah Klik”. Pebceramah bagi program ini adalah Ts. Md Tahir Musa, Timbalan Pengarah, Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM), secara Live di Facebook Klik Dengan Bijak.
Tajuk KDB kali ini adalah “Jangan Salah Klik”. Advokasi ini berlangsung selama lebih kurang 2jam 30 minit iaitu bermula pada pukul 10.00 pagi dan tamat pada pukul 12.30 tengahari.
Penipuan dalam internet amat serius dalam era digitalisasi kini. Menerusi program bual bicara ini, penceramah telah berkongsi beberapa kes serius berkaitan penipuan maklumat peribadi dan kewangan yang dikendalikan oleh MCMC sendiri.
- Elakkan berkongsi maklumat peribadi,
- Ketahui hak anda sebagai pengguna laman sosial,
- Peranan remaja dalam menangani kes penipuan internet dalam kalangan warga emas.
Perkongsian ini bertujuan bagi memastikan masyarakat supaya lebih peka terhadap isu-isu semasa yang sedang berlaku di Malaysia bagi melindungi segenap lapisan masyarakat.
#KlikDenganBijak
#MalaysiaICTVolunteer
#BicaraKDB
#KeselamatanDiInternet
#InternetSafety
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: