Program Bicara KDB Siri 08/2022 (Berita Palsu Perosak Masyarakat)
8 Jun 2022 | Aktiviti TerkiniPada tarikh 7 Mei 2022, hari Selasa, telah berlangsung Program Bicara Klik Dengan Bijak Siri 05/2022 bertajuk “Berita Palsu Perosak Masyarakat”. Moderator bagi bicara ini adalah Ts. Md Tahir Musa dan penceramahnya adalah En. Hazlami Othman, Penolong Eksekutif, MCMC Negeri Selangor, secara Live di Facebook Klik Dengan Bijak.
Tajuk KDB kali ini adalah “Berita Palsu Perosak Masyarakat”. Advokasi ini berlangsung selama lebih kurang 1 jam 15 minit iaitu bermula pada pukul 10.00 pagi dan tamat pada pukul 11.15 pagi.
Menurut kajian, statistik aktiviti dalam talian (online) di Malaysia adalah sangat tinggi menerusi platform aplikasi whatsapp, laman sosial dan juga tontonan youtube. Dimana disitu acapkali berlakunya penyalahgunaan maklumat sehingga seringkali menyebabkan kegusaran dalam masyarakat. Menerusi siaran KDB kali ini, MCMC menyarankan agar:
- Masyarakat bijak menyaring maklumat yang mereka peroleh,
- Elakkan menyebarkan maklumat yang tidak sahih kewujudannya,
- Mengetahui kesan penyebaran berita palsu kepada kesejahteraan masyarakat.
Perkongsian ini bertujuan bagi memastikan masyarakat supaya lebih peka terhadap segala maklumat atau butiran yang ingin dikongsi atau dipertontonkan menerusi laman sosial agar tidak menjadi punca tercetusnya kerisauan dalam masyarakat.
#KlikDenganBijak
#MalaysiaICTVolunteer
#BicaraKDB
#KeselamatanDiInternet
#InternetSafety
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: