Program Bicara KDB Siri 06/2022: Buli Siber
27 Mei 2022 | Aktiviti TerkiniPada tarikh 26 Mei 2022, hari Jumaat, telah berlangsung Program Bicara Klik Dengan Bijak Siri 05/2022 bertajuk “Buli Siber”. Moderator bagi bicara ini adalah Ts. Md Tahir Musa dan penceramahnya adalah Pn. Amirah Nor Azmin, Penolong Pengarah, MCMC Negeri Kelantan, secara Live di Facebook Klik Dengan Bijak.
Tajuk KDB kali ini adalah “Buli Siber”. Advokasi ini berlangsung selama lebih kurang 1 jam 30 minit iaitu bermula pada pukul 10.00 pagi dan tamat pada pukul 11.30 pagi.
Buli siber amat serius dalam era digitalisasi kini. Menerusi program bual bicara ini, penceramah telah berkongsi beberapa kes serius berkaitan buli siber yang dikendalikan oleh MCMC sendiri.
- Elakkan berkongsi maklumat peribadi,
- Ketahui hak anda sebagai pengguna laman sosial,
- Peranan ibubapa dalam menangani kes buli siber dalam kalangan remaja.
Perkongsian ini bertujuan bagi memastikan masyarakat supaya lebih peka terhadap isu-isu semasa yang sedang berlaku di Malaysia bagi melindungi generasi baru.
#KlikDenganBijak
#MalaysiaICTVolunteer
#BicaraKDB
#KeselamatanDiInternet
#InternetSafety
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: