Program Usahawan : (Program Inisiatif Pekebun Kecil Pintar)
23 September 2022 | Aktiviti TerkiniPada tarikh 22 September 2022 (khamis), telah berlangsungnya “Program Inisiatif Pekebun Kecil Pintar” yang bertempat di Balai Raya Kg. Parit Hj. Salleh Ros. Penceramahnya ialah Puan Atiqah Ismail dan Puan Hazwani Mahadi, Program Associate Solidaridad Malaysia (Johor).
Program ini berlangsung selama 3 jam bermula dari jam 9 pagi sehingga 12 tengahari. Penceramah memberikan penerangan mengenai kaedah tanaman pokok kelapa sawit yang ada di kawasan kampung dan estet. Terdapat juga pelbagai jenis racun yang boleh digunakan oleh pengusaha kebun bagi menghalang tumbuhan seperti lalang, pokok semalu dan peria katak tumbuh di sekitar pokok kelapa sawit.
Pendedahan mengenai sistem pengurusan ladang juga penting bagi menguruskan ladang dalam jangka panjang. Wang keluar masuk mestilah dicatat untuk menyemak semula pada masa akan datang bagi mengetahui kos yang telah digunakan dan memudahkan pewaris untuk menguruskannya.
Program ini telah memberikan ilmu tambahan kepada komuniti yang mempunyai tanaman kelapa sawit. Pihak penganjur berharap program seperti ini akan dapat dijalankan lagi pada masa akan datang.
Sekian,
Terima kasih.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: