Program Bicara KDB bersama Murid SMA Bugisiah Risiko dalam Talian
22 September 2022 | Aktiviti TerkiniPada tarikh 21 September 2022, hari rabu, telah berlangsungnya Program Bicara Klik Dengan Bijak bersama murid Sekolah Menengah Agama Bugisiah yang bertajuk “Risiko Dalam Talian”. Penceramah bagi program ini ialah Puan Fatin Izatie Binti Tukiman, Pegurus PEDi Salleh Ros, Encik Mohamad Mustaqim Bin Mansor, Penolong Pegurus PEDi Salleh Ros dan Encik Mubarak Bin Saip, Rakan Digital PEDi Salleh Ros, yang bertempat di SMA Bugisiah.
Program ini melibatkan seramai 300 orang murid hasil kerjasama antara pihak PEDi dan pihak SMA Bugisiah. Advokasi ini berlangsung selama 2 jam sahaja iaitu bermula pada jam 8.30 pagi dan tamat pada pukul 10.30 pagi.
Pengkongsian melalui media sosial dilihat semakin meluas pada zaman sekarang. Terlebih kongsi di media sosial boleh mengakibatkan kesan buruk terhadap pengguna. Media sosial yang paling tinggi digunakan di Malaysia ialah Tiktok, Facebook dan Youtube. Risiko yang akan pengguna hadapi sekiranya terlebih kongsi ialah:
- Mengurangkan produktiviti ketika melakukan kerja
- Perceraian rumah tangga kerana berkongsi maklumat sulit
- Terjadinya aktiviti jenayah
Perkongsian ini bertujuan berkongsi kepada semua murid sekolah agar lebih berwaspada apabila hendak berkongsi sesuatu maklumat peribadi dan memastikan maklumat yang diterima adalah sahih.
#KlikDenganBijak
#MalaysiaICTVolunteer
#BicaraKDB
#KeselamatanDiInternet
#InternetSafety
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: