Program Bicara KDB Siri 16/2022: Padah Terlebih Kongsi
29 Julai 2022 | Aktiviti TerkiniPada tarikh 28 Julai 2022, hari Khamis, telah berlangsung Program Bicara Klik Dengan Bijak Siri 16/2022 yang bertajuk “Padah Terlebih Kongsi”. Moderator bagi program ini adalah Ts. Md Tahir Musa, Timbalan Pengarah Jabatan Program Komuniti, MCMC dan penceramahnya ialah Puan Amy harlina Amran, Penolong Pengarah, Pejabat MCMC Negeri Selangor, secara Live di Facebook Klik Dengan Bijak.
Advokasi ini berlangsung selama lebih kurang 1 jam 30 minit iaitu bermula pada pukul 10.00 pagi dan tamat pada pukul 11.30 pagi.
Pengkongsian melalui media sosial dilihat semakin meluas pada zaman sekarang. Terlebih kongsi di media sosial boleh mengakibatkan kesan buruk terhadap pengguna. Media sosial yang paling tinggi digunakan di Malaysia ialah Facebook dan Youtube. Risiko yang akan pengguna hadapi sekiranya terlebih kongsi ialah:
- Mengurangkan produktiviti ketika melakukan kerja
- Perceraian rumah tangga kerana berkongsi maklumat sulit
- Terjadinya aktiviti jenayah
Perkongsian ini bertujuan berkongsi kepada semua pengguna media sosial agar meletakkan had semasa berkongsi maklumat di media sosial.
#KlikDenganBijak
#MalaysiaICTVolunteer
#BicaraKDB
#KeselamatanDiInternet
#InternetSafety
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: