dikendalikan oleh TM
MCMC
Kg Parit Salleh Ros, Johor
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook
    Insta

Program Bicara KDB Siri 14/2022: Internet: Selamat Atau Tidak

20 Julai 2022 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 19 Julai 2022, hari Selasa, telah berlangsung Program Bicara Klik Dengan Bijak Siri 14/2022 yang bertajuk “Internet: Selamat Atau Tidak”. Moderator bagi program ini adalah Ts. Md Tahir Musa dan penceramahnya ialah Puan Fadzliah Mazlina Mohammad, Timbalan Pengarah, Pejabat MCMC Negeri Terengganu, secara Live di Facebook Klik Dengan Bijak.

Advokasi ini berlangsung selama lebih kurang 1 jam 30 minit iaitu bermula pada pukul 10.00 pagi dan tamat pada pukul 11.30 pagi.

Statistik penggunaan internet setakat bulan februari 2022 menunjukkan jumlah penggunaan internet seramai 29.55 juta penduduk Malaysia daripada 32.98 juta keseluruhan penduduk. Jadi, penggunaan internet dalam Malaysia sangatlah tinggi. Kesan penipuan internet terhadap individu:

  • Menanggung kerugian yang besar
  • Impak negatif ke atas emosi.
  • Pembocoran dan pencurian maklumat peribadi

Perkongsian ini bertujuan berkongsi kepada pengguna mengenai penggunaan internet dengan cara yang selamat dan mengelakkan pengguna daripada ditipu.
#KlikDenganBijak
#MalaysiaICTVolunteer
#BicaraKDB
#KeselamatanDiInternet
#InternetSafety

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali

© Semua Hakcipta Terpelihara.