Program Bicara KDB Siri 17/2022: Jom Lindungi Anak Anda di Dunia Siber
24 Ogos 2022 | Aktiviti TerkiniPada tarikh 23 Ogos 2022, hari selasa, telah berlangsungnya Program Bicara Klik Dengan Bijak Siri 17/2022 yang bertajuk “Jom Lindungi Anak Anda di Dunia Siber”. Moderator bagi program ini adalah Ts. Md Tahir Musa, Timbalan Pengarah Jabatan Program Komuniti, MCMC dan penceramahnya ialah Encik Fahrulrazi Hashim, Timbalan Pengarah, Pejabat MCMC Negeri Johor, secara Live di Facebook Klik Dengan Bijak.
Advokasi ini berlangsung selama lebih kurang 1 jam 30 minit iaitu bermula pada pukul 10.00 pagi dan tamat pada pukul 11.30 pagi.
Pada zaman serba moden ini, telefon pintar dilihat telah menjadi gajet penting yang dapat menggantikan televisyen. Mengikut data Internet Users Surveys 2020 (MCMC), lokasi hotspot penggunaan internet lebih tertumpu di rumah sendiri sebanyak 70.5%. Risiko yang akan kanak-kanak dapat di internet:
- Dihubungi oleh pembuli atau pemangsa seksual kanak-kanak
- Terdedah kepada kandungan yang tidak sesuai
- Perkongsian maklumat peribadi secara berlebihan
Perkongsian ini bertujuan memberikan kesedaran kepada semua ibu bapa supaya lebih memantau anak-anak mereka daripada menjadi mangsa jenayah siber.
#KlikDenganBijak
#MalaysiaICTVolunteer
#BicaraKDB
#KeselamatanDiInternet
#InternetSafety
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: