Program Bicara KDB Bersama Pelajar Kolej Poly-Tech MARA (KPTM): Risiko Dalam Talian
18 Ogos 2022 | Aktiviti TerkiniPada tarikh 17 Ogos 2022, hari rabu, telah berlangsungnya Program Bicara Klik Dengan Bijak bersama pelajar Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) yang bertajuk “Risiko Dalam Talian”. Penceramah bagi program ini ialah Puan Fatin Izatie Binti Tukiman, Pegurus PEDi Salleh Ros, dan Encik Mubarak Bin Saip, Rakan Digital PEDi Salleh Ros, yang bertempat di Kolej Poly-Tech Mara (KPTM).
Program ini melibatkan seramai 250 orang pelajar KPTM hasil kerjasama dan gabungan antara dua PEDi iaitu PEDi Salleh Ros dan PEDi Sg. Nibong. Advokasi ini berlangsung selama 1 jam 30 minit iaitu bermula pada pukul 12.30 tengahari dan tamat pada pukul 2.00 petang.
Pengkongsian melalui media sosial dilihat semakin meluas pada zaman sekarang. Terlebih kongsi di media sosial boleh mengakibatkan kesan buruk terhadap pengguna. Media sosial yang paling tinggi digunakan di Malaysia ialah Facebook dan Youtube. Risiko yang akan pengguna hadapi sekiranya terlebih kongsi ialah:
- Mengurangkan produktiviti ketika melakukan kerja
- Perceraian rumah tangga kerana berkongsi maklumat sulit
- Terjadinya aktiviti jenayah
Perkongsian ini bertujuan berkongsi kepada semua pengguna media sosial agar meletakkan had semasa berkongsi maklumat di media sosial.
#KlikDenganBijak
#MalaysiaICTVolunteer
#BicaraKDB
#KeselamatanDiInternet
#InternetSafety
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: