Advokasi KDB: Apa Itu Penipuan SMS? (Scammer Alert)
25 Mei 2022 | Aktiviti TerkiniPada tarikh 24 Mei 2022 telah berlangsung Live Advokasi Klik Dengan Bijak yang disampaikan oleh Pengurus PEDi Kg Pt Hj Salleh Ros melalui aplikasi Streamyard di FB Page PEDi Pt Hj Salleh Ros.
Tajuk KDB kali ini adalah “Apa itu penipuan SMS? (Scammer Alert)”. Advokasi ini berlangsung selama lebih kurang 30 minit iaitu bermula pada pukul 10.00 pagi dan tamat pada pukul 10.30 pagi. Kali ini, kami akan mewar-warkan taktik penipuan terbaru dalam talian yang agak popular di Malaysia.
Apa itu penipuan SMS?
Ia memperdaya mangsa dengan menghantar SMS kepada mangsa bagi mendapatkan butiran peribadi dan perbankan bagi menipu wang.
Anda hampir atau pernah menjadi mangsa?
Perkongsian ini bertujuan bagi memastikan masyarakat supaya lebih berhati-hati tidak kira dimana berada terutama apabila mengetik pautan-pautan yang mencurigakan sehingga mendedahkan maklumat peribadi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: