Program Bicara KDB Siri 05/2022: Etika Perkongsian Di Laman Sosial
18 Mei 2022 | Aktiviti TerkiniPada tarikh 17 Mei 2022, hari Selasa, telah berlangsung Program Bicara Klik Dengan Bijak Siri 05/2022 bertajuk “Etika Perkongsian di Laman Sosial”. Moderator bagi bicara ini adalah Ts. Md Tahir Musa dan penceramahnya adalah Ts. Katirawaan Rajadran, timbalan Pengarah, MCMC Wilayah Persekutuan, secara Live di Facebook Klik Dengan Bijak.
Tajuk KDB kali ini adalah “Etika Perkongsian di Laman Sosial”. Advokasi ini berlangsung selama lebih kurang 1 jam 30 minit iaitu bermula pada pukul 10.00 pagi dan tamat pada pukul 11.30 pagi.
Amalan berkongsi secara berlebihan di laman sosial telah mengundang berbagai perkara buruk yang tidak diingini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Pengguna juga mudah terdedah kepada kes kecurian identiti dan pencabulan data-data peribadi.
- Elakkan berkongsi data peribadi anda secara umum,
- Kenalpasti siapa yang berkawan dengan anda sebelum menerima permohonan,
- Cara MCMC mengelakkan terlebih berkongsi di laman sosial
Perkongsian ini bertujuan bagi memastikan netizen supaya lebih peka terhadap segala maklumat atau butiran peribadi yang ingin dikongsi atau dipertontonkan menerusi laman sosial agar tidak menjadi mangsa penipuan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: