Kursus Latihan Pengendali Makanan Slot 2
20 Februari 2022 | Aktiviti TerkiniPada tarikh, 19 Februari 2022, Sabtu telah berlangsung Kursus Latihan Pengendali Makanan Slot 2 anjuran SLPM NZ Bunga Venture yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia di PEDi Kg Salleh Ros. Penceramah yang terlibat dalam kursus ini adalah penceramah yang sama semasa Slot satu pada 11 Februari 2022 iaitu Pn Nur Nadiah Binti Shahrom.
Tujuan kursus ini diadakan adalah memberi penerangan berkaitan maklumat kebersihan dan keselamatan makanan serta memberi khidmat perundingan secara cekap dan bertanggungjawab
Untuk Slot 2 kali ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari peniaga Batu Pahat. Seramai 12 orang peserta yang telah menghadiri kursus ini. 4 orang peserta mengikuti kursus ini dari rumah sahaja, manakala selebihnya mengikuti kursus di PEDi. Kursus ini telah mengikuti SOP yang telah ditetapkan.
SLOT 2
Tarikh: 19 Februari 2022 (Sabtu)
Masa: 9.30 pagi- 12.30 tengah hari
Untuk menyertai kursus ini, peserta perlulah menjadi ahli Pusat Internet terlebih dahulu. Yuran untuk menyertai kursus ini adalah sebanyak RM 50 dan untuk menjadi ahli PIK perlu membayar yuran sebanyak RM5. Kursus ini berlangsung lebih kurang dalam 3 jam. Peserta yang hadir juga diberikan sijil penyertaan yang diiktiraf oleh KKM dan sijil sah seumur hidup.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: