Peranan Inisiatif Klik dengan Bijak (KDB) dalam Memperkasa Komuniti Terhubung
15 November 2022 | Aktiviti TerkiniPada tarikh 14 November 2022, hari isnin, telah berlangsungnya Program Bicara Klik Dengan Bijak yang bertajuk “Peranan Inisiatif Klik Dengan Bijak dalam Memperkasa Komuniti Terhubung”. Moderator bagi program ini ialah Pn. Saidatul Ashikin, Pengarah II, Jabatan Program Komuniti, MCMC dan ahli panel terdiri daripada tiga orang iaitu Pn. Hashimah Hashim, Ketua Jabatan Program Komuniti, MCMC, Dr. Mohd Roslan Rosnon, Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Prof. Dr. Sarjit Singh Darshan Sigh, Universiti Putra Malaysia (UPM), secara Live di Facebook Klik Dengan Bijak.
Advokasi ini berlangsung selama lebih kurang 1 jam 30 minit iaitu bermula pada pukul 10.00 pagi dan tamat pada pukul 11.30 pagi.
Program Klik Dengan Bijak (KDB) dilihat dapat memberikan impak positif kepada audiens. Perlaksanaan program KDB ini perlu dijalankan secara berkala dan bersiri bukannya program yang bersifat sisipan mahupun tidak penting. Program seperti ini juga memerlukan pengkhususan bajet yang tersendiri bagi melaksanakan program.
Perkongsian ini bertujuan memberikan kesedaran kepada semua pihak betapa pentingkan program KDB yang perlu dilakukan dan ternyata memberikan impak positif.
#KlikDenganBijak
#MalaysiaICTVolunteer
#BicaraKDB
#KeselamatanDiInternet
#InternetSafety
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: