Program Komuniti : Kursus Seni Urutan
1 Oktober 2022 | Aktiviti TerkiniPada tarikh 30 September 2022 (jumaat), telah berlangsungnya program komuniti yang bertajuk “Kursus Seni Urutan” bertempat di Balai Raya Kg. Parit Hj. Salleh Ros.
Program ini berlangsung selama 3 jam bermula dari jam 9.30 pagi sehingga 12.30 tengahari. Penceramah memberikan penerangan mengenai kaedah dan langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk mengurut. Pengurutan yang dilakukan mestilah mengikut kesakitan yang dialami oleh pesakit. Sebagai contoh, sakit kepala ada urutan yang tertentu yang perlu dilakukan bagi meredahkan sakit tersebut.
Program ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada komuniti untuk mendalami seni urutan yang betul. Pihak penganjur berharap program komuniti seperti ini akan dapat dilaksanakan pada masa akan datang.
Sekian,
Terima kasih.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: