Kelas Usahawan Shopee Beginner (2022) (Slot 1 & Slot 2)
18 Mac 2022 | Aktiviti TerkiniPada tarikh, 16 & 17 Mac 2022, telah berlangsung Kursus E-Usahawan Shopee Beginner Slot 1 untuk sesi tahun 2022 dengan kerjasama dengan pihak Giatmara Sri Gading. Kursus ini berlangsung di Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysai Pt Hj Salleh Ros.
Setiap slot dihadiri oleh 7 orang peserta. Justeru, jumlah untuk kedua-dua slot adalah seramai 14 orang peserta. Kursus ini berlangsung selama 2 jam 30 minit bermula pada pukul 10.00 pagi dan tamat pada pukul 12.30 petang. Peserta yang hadir kursus ini sehingga akhir akan diberikan sijil penyertaan dari pihak PEDi Pt Salleh Ros.
Tujuan kursus ini bagi memberi tunjuk ajar kepada kepada pelajar Giatmara Sri Gading cara-cara untuk berniaga menggunakan aplikasi edagang Shopee bagi sumber rezeki sampingan mereka.
Segala aktiviti fizikal yang diadakan di PEDi Pt Salleh Ros adalah mengikut SOP yang telah ditetapkan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: