Program Keusahawanan : Pertandingan Keusahawanan Digital
13 Disember 2022 | Aktiviti TerkiniPada tarikh 12 Disember 2022, hari Isnin, telah berlangsungnya Program Keusahawanan yang bertajuk “Pertandingan Keusahawanan Digital”. Pertandingan keusahawanan ini dijalankan bagi mengasah bakat dan minat belia terutama dalam kalangan para pelajar peringkat pengajian tinggi untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan secara dalam talian.
Para pelajar dapat menunjukkan minat dan bakat masing-masing melalui persaingan dalam kategori yang dipertandingkan. Pihak penganjur merekodkan jumlah penyertaan yang amat memberangsangkan bagi pertandingan ini.
Pertandingan keusahawanan digital pada kali ini telah mempertandingkan tiga (3) kategori pertandingan iaitu:
1. Pertandingan membina aplikasi mudah alih.
2. Pertandingan video kreatif.
3. Pertandingan membina lama sesawang.
#KlikDenganBijak
#MalaysiaICTVolunteer
#BicaraKDB
#KeselamatanDiInternet
#InternetSafety
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: