Program Bicara KDB Siri 20/2022: Jom Kenal Pasti Maklumat Palsu
12 Oktober 2022 | Aktiviti TerkiniPada tarikh 11 Oktober 2022, hari oktober, telah berlangsungnya Program Bicara Klik Dengan Bijak Siri 20/2022 yang bertajuk “Jom Kenal Pasti Maklumat Palsu”. Moderator bagi program ini adalah Ts. Md Tahir Musa, Timbalan Pengarah Jabatan Program Komuniti, MCMC dan penceramahnya pula ialah Puan Sharliza Saary, Penolong Pengarah, Pejabat MCMC Negeri Kedah, secara Live di Facebook Klik Dengan Bijak.
Advokasi ini berlangsung selama lebih kurang 1 jam 30 minit iaitu bermula pada pukul 10.00 pagi dan tamat pada pukul 11.30 pagi.
Berita palsu sememangnya memberikan mudarat kepada semua pihak. Sekiranya berita palsu tidak dibendung, akibatnya ia akan mengaibkan individu atau pihak yang terlibat, memberikan kesan negatif kepada seseorang dan boleh menyebabkan kerugian wang ringgit. Menilai kesahihan maklumat melalui:
- Sumber maklumat yang sahih
- Fahamkan apa yang anda baca
- Mengkaji maklumat secara lebih mendalam
Perkongsian ini bertujuan memberikan kesedaran kepada semua pengguna supaya menyemak dahulu maklumat sebelum melakukan perkongsian maklumat di internet.
#KlikDenganBijak
#MalaysiaICTVolunteer
#BicaraKDB
#KeselamatanDiInternet
#InternetSafety
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: