Latihan Keusahawanan : (Kursus Pengendali Makanan – Batch 810)
11 Jun 2022 | Aktiviti TerkiniPada tarikh 10 Jun 2022, hari Jumaat, telah berlangsung latihan keusahawanan di PEDi Salleh Ros. Latihan keusahawan kali ini berkiatan “Kursus Pengendali Makanan”dimana melibatkan pengusaha-pengusahan gerai makanan disekitar Parit Raja, Johor secara dalam talian dengan menggunakan aplikasi zoom.
Latihan ini telah melibatkan seramai 10 orang usahawan selama 3 jam bermula pada jam 10.00 sehingga jam 1.00 tengahari. Kursus ini memfokuskan cara-cara pengendalian makanan yang bersih dan selamat bagi mengelakkan kes keracunan makanan daripada berlaku.
Terdapat seorang peserta memilih untuk menggunakan kemudahan di PEDi Salleh Ros kerana fasiliti yang disediakan adalah lebih selesa dan lancar bagi menjalankan sesi kursus secara dalam talian.
Sekian,
Terima kasih
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: