Sesi Pendaftaran SSM_EZBIZ
10 Februari 2022 | Aktiviti TerkiniPada hari Rabu, 9 Februari 2022 seorang usahawan PEDi telah hadir ke PEDi Kg PT Salleh Ros bagi membuat pendaftaran perniagaan SSM.
Antara manfaat pendaftaran SSM ini kepada peniaga-peniaga membolehkan perniagaan mendapat pengiktirafan entity perniagaan yang sah di sisi undang-undang. Serta melayakkan peniaga mendapatkan pelbagai faedah dan kemudahan yang disediakan oleh pihak kerajaan seperti perlindungan insuran, kemudahan kredit, kursus dan latihan, faedah baik pulih premis perniagaan dan lain-lain
Sesi pendaftaran ini berlangsung selama 1 jam bermula pada pukul 10.00 pagi sehingga 11.00 pagi dengan mengikut SOP yang telah ditetapkan. Untuk pendaftaran SSM ini, usahawan perlu mendaftar dengan memasukan data yang tepat dan perlu mendapatkan approval daripada SSM untuk mengeluarkan sijil SSM dan dicetak untuk simpanan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: