Kelas ICT: Tutorial Membuat Borang Kaji Selidik (Google Form)
15 Jun 2021 | Aktiviti TerkiniPada hari Isnin, 14 Jun 2021, pengurus PIK Kg Salleh Ros telah membuat satu perkongsian iaitu tutorial membuat borang kaji selidik secara LIVE di FB Page pusat internet menggunakan aplikasi Streamyard. Perkongsian tutorial ini berdurasi lebih kurang dalam 20 minit, bermula pada pukul 5.00 petang. Kebanyakkan borang kaji selidik atau biasa di sebut sebagai google form digunakan bagi membuat soal selidik atau kajian-kajian yang memerlukan orang ramai menjawabnya.
Dengan hanya berkongsi link soal selidik tersebut kita dah boleh jawab. Selain itu, dalam tempoh PDPR sepanjang musim Covid-19 juga, ramai guru-guru membuat kuiz atau test menggunakan google form ini bagi memudahkan pelajar untuk menjawab soalannya. Untuk menghasilkan borang kaji selidik ini tidak perlu membuat apa-apa bayaran kerana ianya percuma, pada bila-bila masa dan dimana sahaja boleh lakukannya. Justeru, sebelum menghasilkan boring soal selidik, kita perlulah membuat akaun Gmail terlebih dahulu.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: