Pendaftaran Vaksin Covid-19 & Penggunaan Aplikasi Mysejahtera
8 April 2021 | Aktiviti TerkiniDalam menyokong Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Malaysia, SKMM menggerakkan semua Pusat Komuniti Internet (PIK) sebagai pusat untuk membantu orang ramai, terutamanya warga tua yang menghadapi kesukaran untuk mendaftar sebagai penerima vaksin COVID-19 melalui aplikasi MySejahtera. Melalui upaya ini, diharapkan dapat meningkatkan kesedaran kepada masyarakat tentang pentingnya proses vaksinasi dalam membantu Kerajaan memerangi wabak COVID-19.
Sehubungan itu, kami mengalu-alukan warga emas komuniti sekitar untuk menjalankan tanggungjawab anda untuk mendaftarkan diri sebagai penerima vaksin. Pada 7 April 2021, komuniti setempat mula hadir untuk mendaftar vaksin Covid-19 di PIK Kg Pt Hj Salleh Ros. Selain itu, kami jugak memberi tunjuk ajar bagaimana untuk memuat turun dan mengemaskini aplikasi MySejahtera di telefon mudah alih komuniti. Kehadiran komuniti adalah melalui temujanji dan mengikut SOP yang telah di tetapkan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: