E-Learning: Kuiz KDB: Panduan Membeli Belah Dalam Talian
4 Jun 2021 | Aktiviti TerkiniPada tarikh 3 Jun 2021, hari Khamis, telah berlangsung Bicara Klik Dengan Bijak iri 08/2021 bertajuk Panduan Membeli Belah Dalam Talian. Bicara ini disampaikan oleh penceramah Pn Nur Adilah Samsudin, Penolong Pengarah Pejabat MCMC Negeri Johor secara Live di Facebook Klik Dengan Bijak. Ceramah ini berlangsung selama 1 jam bermula pada pukul 10.00 pagi dan tamat pada pukul 11.00 pagi. Pada sebelah petang pula, PIK Kg Salleh Ros telah membuat aktviti E-Learning iaitu kuiz berkaitan tajuk KDB yang telah disampaikan oleh Pn Adilah iaitu Panduan Membeli Belah Dalam Talian. Kuiz yang dilaksanakan ini adalah secara umum iaitu boleh dijawab oleh semua follower Facebook Page Pusat Internet Salleh Ros. Dengan adanya kuiz ini, kita dapat lihat tahap kefahaman komuniti adakah mereka faham atau tahu cara-cara untuk membeli belah dalam talian ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: