Program Bicara KDB & Kuiz KDB : Fakta Atau Auta? Bijak Menilai Masyarakat Harmoni
16 Julai 2021 | Aktiviti TerkiniPada tarikh 15 Julai 2021, hari Khamis, telah berlangsung Program Bicara Klik Dengan Bijak Siri 13/2021 bertajuk “Fakta atau Auta? Bijak Menilai Masyarakat Harmoni”. Moderator bagi bicara ini adalah Ts. Md Tahir Musa dan penceramahnya adalah Pn Siti Nai’lah Kamarudin, Timbalan Pengarah Pejabat MCMC Negeri Selangor secara Live di Facebook Klik Dengan Bijak. Ceramah ini berlangsung selama 1 jam bermula pada pukul 10.00 pagi dan tamat pada pukul 11.00 pagi.
Justeru, selepas bicara ini tamat, staf pusat internet telah melaksanakan aktiviti Kuiz secara atas talian di FB PIK Kg Salleh Ros berkaitan dengan tajuk KDB yang disampaikan oleh Pn Siti Nai’lah yang bertajuk “Fakta atau Auta? Bijak Menilai Masyarakat Harmoni”. Kuiz yang dilaksanakan ini adalah secara umum melalui wordwall.net iaitu boleh dijawab oleh semua follower Facebook Page Pusat Internet Salleh Ros. Dengan adanya kuiz ini, kita dapat lihat tahap kefahaman komuniti adakah mereka bijak dalam menilai masyarakat dengan situasi yang ada sekarang ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: