Program Bicara Klik Dengan Bijak Siri 02/2021
26 Mac 2021 | Aktiviti TerkiniPada hari Khamis, 25 Mac 2021 telah berlangsung Program Bicara Klik Dengan Bijak Siri 02/2021 secara atas talian melalui aplikasi zoom. Moderator bagi program ini adalah Ts Md Tahir Musa, manakala panel bicara ini disampaikan oleh Timbalan Pengarah MCMC Negeri Johor iaitu Pn Nurzie Ibrahim. Program ini berlangsung hampir lebih kurang 1 jam 30 minit, bermula pada pukul 10.00 pagi sehingga pukul 11.30 pagi.
Tajuk program yang disampaikan adalah “Terlebih Kongsi Mengancam Diri”. Dengan cara penyampaian yang sangat jelas dan bagus oleh panel, ia sangat memberi kefahaman kepada peserta yang hadir untuk mendengar perkongsian KDB ini. Tujuan program ini diadakan adalah bagi memberi pendedahan kepada seluruh rakyat Malaysia agar sentiasa berwaspada terhadap perkara yang perlu dikongsi kepada umum. Siaran langsung Program Bicara Klik Dengan Bijak ini jugak telah dikongsikan dilaman page Facebook PIK bagi memaklumkan kepada orang ramai berkaitan program untuk mereka sertai sekali dalam LIVE KDB ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: