Kursus Latihan Pengendali Makanan Slot 1 & 2
23 Oktober 2021 | Aktiviti TerkiniPada tarikh, 16 & 22 Oktober 2021, telah berlangsung Kursus Latihan Pengendali Makanan Slot 1 & 2 anjuran SLPM NZ Bunga Venture yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia di PIK Kg Salleh Ros. Penceramah yang terlibat dalam kursus ini adalah Pn Nur Nadiah Binti Shahrom. Seramai 7 orang peserta yang telah menghadiri kursus ini. Alhamdulillah kursus ini mendapat sambutan dari komuniti setempat. Disebabkan bilik yang kecil dan perlu mengikut SOP yang telah ditetapkan, kami terpaksa menghadkan pengambilan peserta.
- SLOT 1
- Tarikh: 16 Oktober 2021 (Sabtu)
- Masa: 10.00 - 1.00ptg
- SLOT 2
- Tarikh: 22 Oktober 2021 (Jumaat)
- Masa: 10.00 - 1.00ptg
Untuk menyertai kursus ini, peserta perlulah menjadi ahli Pusat Internet terlebih dahulu. Yuran untuk menyertai kursus ini adalah sebanyak RM 50 dan untuk menjadi ahli PIK perlu membayar yuran sebanyak RM5. Kursus ini berlangsung lebih kurang dalam 3 jam. Peserta yang hadir juga diberikan sijil penyertaan yang diiktiraf oleh KKM dan sijil sah seumur hidup.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: