Kelas Usahawan : Microsoft Excel
8 April 2021 | Aktiviti TerkiniPada 7 April 2021, seorang usahawan Avon telah hadir ke PIK Kg Pt Hj Salleh Ros untuk menghadiri kelas Microsoft Excel. Kelas ini telah berlangsung selama 2 sesi, 4 jam 30 minit iaitu bermula pada pukul 11.30 pagi sehingga 1.00 tengah hari. Manakala sesi petang pada pukul 2.00 sehingga 4.00 petang. Tujuan kelas usahawan ICT Microsoft Excel ini dilakukan bagi memberi tunjuk ajar dan meningkatkan kefahaman kepada usahawan tersebut. Kelas untuk kali ini memfokuskan kepada cara membuat jadual,graf dan membuat formula bagi setiap data yang dimasukkan kedalam Microsoft Excel. Aktiviti yang dijalankan mengikut segala SOP yang telah ditetapkan
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: