Microsoft Word: Tutorial Membuat Checklist Box Barang Keperluan Dapur
20 Ogos 2021 | Aktiviti TerkiniPada tarikh 19 Ogos 2021, iaitu hari Khamis, Pusat Internet Komuniti Kg Pt Hj Salleh Ros telah membuat satu video tutorial membuat Checklist Box barang keperluan dapur menggunakan Microsoft Word. Video ini berdurasi lebih kurang 7 minit bermula pada pukul 12.00 tengah hari. Tujuan video tutorial ini dilakukan adalah bagi mengajar cara mudah untuk menghasilkan checklist box terutama kepada wanita-wanita bagi memastikan barang keperluan cukup dan tidak tertinggal ketika berbelanja. Walaupun dengan hanya menggunakan Microsoft Word sahaja checklist box ini boleh dihasilkan dengan cantik mengikut kreativiti dan idea sendiri.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: