Kelas Microsoft Word: Membuat Resume
8 Oktober 2021 | Aktiviti TerkiniPada hari Khamis, 7 Oktober 2021 telah berlangsung kelas Asas ICT iaitu Microsoft Word di PIK Kg Pt Hj Salleh Ros. Kelas ini dihadiri oleh 1 orang peserta dikawasan kampung ini.
Kelas ini berlangsung selama 2 jam bermula pada pukul 10.00 pagi sehingga pukul 12.00 tengah hari. Tujuan kelas ini diadakan adalah bagi menunjuk ajar cara-cara membuat resume dengan memasukkan maklumat yang betul. Hal ini bagi memudahkan proses penerimaan kerja supaya penemuduga dapat menilai peserta. Bukan sahaja maklumat yang dimasukkan perlu lengkap, kekemasan dalam menghasilkan resume juga sangatlah penting.
Kelas ini telah dijalankan mengikut SOP yang telah ditetapkan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: