Tutorial Edit Nama & Nombor Kad Pengenalan di MySejahtera
5 Julai 2021 | Aktiviti TerkiniPada hari Ahad iaitu 4 Julai 2021, PIK Kg Salleh Ros telah membuat satu perkongsian video iaitu tutorial mengedit nama dan nombor kad pengenalan di MySejahtera.
Vaksin adalah salah satu cara untuk mengurangkan penyebaran virus Covid-19 ini, sekiranya imuniti kelompok berjaya dicapai, Malaysia boleh mengurangkan jangkitan ini daripada terus merebak. Justeru, sebagai rakyat yang prihatin, kita sangat digalakkan untuk mengambil vaksin ini untuk perlindungan diri.
Pendaftaran vaksin boleh dilakukan di Apps MySejahtera. Justeru, kita perlu memastikan maklumat yang kita masukkan seperti nama, nombor telefon, alamat dan nombor kad pengenalan adalah betul sama seperti dalam kad pengenalan. Sekiranya ada kesalahan ejaan atau tersalah masuk nombor ic, kita perlu mengubahnya dengan segera.
Semoga wabak ini segera terhapus di Malaysia ini. Sama-sama kita doakan.
#lindungdirilindungsemua
#kitajagakita
Berikut adalah link video tutorial: https://fb.watch/v/3nDQ9gmIm/
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: