Kelas Usahawan Gmail & Setup Meeting Via Microsoft Teams
6 Mac 2021 | Aktiviti TerkiniPada tarikh 5 Mac 2021, telah diadakan kelas untuk mencipta akaun Gmail dan Setup Meeting menggunakan Microsoft Teams bagi usahawan di kampung Pt Salleh Ros ini.
Tujuan kelas ini diadakan adalah bagi memudahkan usahawan tersebut membuat perbincangan bersama ahli kumpulan yang lain yang sama-sama ingin memajukan perniagaan baru mereka.
Kelas ini berlangsung selama 2 jam bermula pada pukul 3.00 petang sehingga pukul 5.00 petang. Selain itu, pengurus juga menerangkan beberapa faedah terhadap kesesuaian penggunaan akaun gmail ini dan tidak mendaftar akaun gmail yang telah dibuat untuk akaun-akaun yang tidak sepatutnya.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: