Kelas Asas ICT : Kerja Kursus Perniagaan
24 Januari 2021 | Aktiviti TerkiniPada 23 Januari 2021 telah berlangsung kelas asas ICT Microsoft Word bagi pelajar tingkatan 5 untuk subjek Kerja Kursus Perniagaan di Pusat Internet Kg Pt Hj Salleh Ros. Seramai 5 orang pelajar yang terlibat dengan kelas ICT ini.
Kelas inii diadakan selama 2 jam bermula pada pukul 11.00 pagi sehingga 1.00 tengahari. Tujuan kelas ini diadakan adalah bagi membantu pelajar membuat pembetulan kerja kursus mereka dengan menggunakan format yang betul dengan Microsoft Word.
Untuk kehadiran ke PIK, pelajar perlulah membuat tamujanji terlebih dahulu dengan staf PIK bagi mengikuti segala SOP yang ditetapkan sepanjang tempoh PKP ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: