E-Learning: English Exit Test (EET)
19 Mac 2021 | Aktiviti TerkiniPada tarikh 18 Mac 2021, telah diadakan praktikal kelas E-Learning bagi pelajar universiti di PIK Salleh Ros. Kelas ini dijalankan sebelum peperiksaan pendengaran pelajar tersebut bagi membantu pelajar tersebut membuat persediaan yang secukupnya.
Peperiksaan yang dijalankan adalah English Exit Test (EET). E-learning ini melibatkan seorang pelajar Uitm yang berasal dari Parit Raja, Batu Pahat Johor. Seperti yang kita tahu, tidak semua kawasan mempunyai capaian intrnet yang bagus, jadinya pelajar dari Uitm ini iaitu, Cik Najwa mengambil inisiatif lain dengan menghadirkan diri ke Pusat Internet Komuniti yang berdekatan dengan tempat tinggalnya supaya ujian pendengaran yang akan diambilnya itu dapat berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan internet. Internet yang lancar sangatlah penting bagi ujian yang diduduki ini.
E-learning ini berlangsung selama hampir lebih kurang 1 jam bermula pada pukul 9:00 pagi. Alhamdulillah, ujian EET tersebut berjalan dengan lancar dan Cik Najwa sangat berterima kasih dengan staf PIK atas tunjuk ajar yang diberikan. Semoga Cik Najwa mendapat keputusan yang sangat cemerlang dalam ujian tersebut.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: