dikendalikan oleh TM
MCMC
Kg Parit Salleh Ros, Johor
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook
    Insta

Kursus E-Usahawan Shopee Beginner (Kerjasama Giatmara Sri Gading) Slot 1

17 November 2021 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh, 16 November 2021, telah berlangsung Kursus E-Usahawan Shopee Beginner Slot 1 kerjasama dengan pihak Giatmara Sri Gading. Kursus ini berlangsung di Pusat Internet Komuniti Kg Pt Hj Salleh Ros.

Tujuan kursus ini bagi memberi tunjuk ajar kepada kepada pelajar Giatmara Sri Gading cara-cara untuk berniaga menggunakan aplikasi edagang Shopee bagi sumber rezeki sampingan mereka.

Seramai 6 orang peserta yang menyertai kursus bagi Slot 1 ini. Kursus ini berlangsung selama 3 jam bermula pada pukul 10.00 pagi dan tamat pada pukul 1.00 petang. Peserta yang hadir kursus ini sehingga akhir akan diberikan sijil penyertaan dari pihak PIK Kg Salleh Ros.

Segala aktiviti fizikal yang diadakan di PIK Kg Salleh Ros adalah mengikut SOP yang telah ditetapkan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.