dikendalikan oleh TM
MCMC
Kg Parit Salleh Ros, Johor
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook
    Insta

Advokasi KDB: Terlebih Kongsi Membawa Padah

11 Oktober 2021 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 10 Oktober 2021, telah berlangsung Live Advokasi Klik Dengan Bijak yang disampaikan oleh pengurus Pusat Internet Komuniti Kg Pt Hj Salleh Ros melalui aplikasi Streamyard di FB Page PIK Salleh Ros.

Tajuk KDB kali ini adalah “Terlebih Kongsi Membawa Padah”. Advokasi ini berlangsung selama lebih kurang 1 jam iaitu bermula pada pukul 2.00 petang dan tamat pada pukul 3 petang. Istimewa kami bawakan pada hari ini adalah berkenaan akibat buruk yang boleh berlaku bermula dengan terlebih berkongsi di media sosial.

Apabila kita berada dalam situasi yang agak kesunyian dan kesepian pasti ada dari kita yang gemar untuk kongsikan rutin harian kepada rakan-rakan di alam maya bukan? Mungkin juga kerana kebosanan, membuatkan kita berkongsi di media sosial yang pada awalnya sekadar untuk mendapatkan like dan komen tetapi telah berubah menjadi terkongsi perkara yang tidak sewajarnya untuk dipertontonkan dan akhirnya mengundang bahaya.

  • Adakah kita tahu akan bahayanya jika seseorang itu terlebih berkongsi di media sosial?
  • Adakah kita tahu dengan siapa kita berkawan di media sosial?
  • Adakah kita yakin bahawa maklumat peribadi kita tidak eksploitasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab?

Perkongsian ini bertujuan bagi memastikan netizen supaya lebih berhati-hati tidak kira dimana berada terutama berkomunikasi atau berinteraksi secara maya.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.