Menggerakkan Penyelia PIK Sebagai Penemuramah Untuk Kajian Oleh SKMM
13 April 2021 | Aktiviti TerkiniPada 12 April 2021, staf Pusat Internet Komuniti Kg Pt Hj Salleh Ros telah menghadiri sesi taklimat bersama wakil Jabatan Perangkaan dan perisikan data melalui aplikasi Zoom meeting. Tujuan taklimat ini diadakan adalah bagi menerangkan beberapa tugas yang perlu dilakukan oleh wakil staf dari beberapa PIK yang terpilih sebagai penemuramah untuk kajian yang dilakukan.
SKMM melalui Jabatan Perangkaan dan Perisikan Data (SDID) akan melakukan berbagai tinjauan, untuk mengumpulkan data statistik deskriptif yang berkaitan dengan akses, penggunaan, dan kepuasan pengguna untuk telefon bimbit / Internet / Jalur Lebar, selular di Malaysia. Hasil kajian ini diharapkan dapat digunakan sebagai petunjuk untuk meningkatkan prestasi industri Komunikasi dan Multimedia di seluruh negara.
Berikut adalah senarai kajian yang perlu dilaksanakan oleh wakil bagi setiap PIK yang terpilih :
- 1.1 Tinjauan Pengguna e-Dagang 2020 (ECS 2020);
- 1.2 Kajian Pengguna Telefon Tangan 2020 (HPUS 2020);
- 1.3 Kajian Kualiti Pengalaman Jalur Lebar 2021 (BQoES 2021); dan
- 1.4 Kajian Kepuasan Pengguna 2021 (Perkhidmatan Selular Dan Jalur Lebar Awam) (CSS 2021 - PCS dan BAS).
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: